JDT sukar dominasi saingan Liga M

JDT sukar dominasi saingan Liga M

JDT sukar dominasi saingan Liga M
JDT masih dianggap calon juara Liga Super, namun berdepan cabaran sengit untuk aksi Piala FA dan Piala Malaysia.

SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) edisi 2024/2025 dijangka sengit dengan tiga kelab berbeza berpotensi untuk bergelar juara pada saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim ini.

Pandangan tersebut disuarakan oleh legenda bola sepak tanah air, Safee Sali yang melihat kempen kali ini cukup menarik apabila semua pasukan sudah melakukan persiapan rapi.

Bagaimanapun Safee berpendapat, pilihan utama untuk bergelar juara pada saingan Liga Super kekal menjadi milik Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas mendominasi carta liga buat kali ke-10 berturut-turut sebelum ini.



Namun, bekas penyerang Harimau Malaya itu percaya JDT bakal berdepan cabaran untuk mempertahankan kejuaraan pada kempen Piala FA dan Piala Malaysia musim ini.

“Bagi Liga Super, saya masih memilih JDT kerana mereka ada skuad yang sangat besar. Tiada masalah untuk menggantikan pemain utama dengan barisan simpanan kerana kualiti yang seimbang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS mungkin keluar PN untuk bersama PH.




“Piala Malaysia ini pula sangat menarik sebab saya mengharapkan pasukan lain akan menjadi juara. Saya lihat Selangor atau Terengganu (ada potensi) untuk edisi piala Malaysia kali ini.

“Bagi kempen Piala FA, mungkin kita boleh lihat peluang kelab lain dan saya lihat Kedah Darul Aman FC ada harapan untuk bergelar juara,” katanya menerusi laman Youtube peribadi, Sports Tarik.

Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan telah mendominasi sepenuhnya saingan Liga M apabila bergelar juara double treble sejak edisi 2023 dan mempertahankan setiap trofi yang dimenangi musim lalu.

JDT juga sudah menjulang Piala Sumbangsih selepas diberi kemenangan percuma 3-0 apabila Selangor FC tarik diri atas faktor keselamatan.



JDT sukar dominasi saingan Liga M

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Jadikan UiTM Sebagai Modal Politik



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button