Balai Polis Ulu Tiram Di Serang, 2 Anggota Terkorban

Balai Polis Ulu Tiram Di Serang, 2 Anggota Terkorban

Balai Polis Ulu Tiram Di Serang, 2 Anggota Terkorban

 

Siasatan insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan suspek mati ditembak, turut membabitkan dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, memaklumkan pelajar lelaki berusia 22 tahun dan pelajar perempuan berumur 21 tahun itu ditahan.



Mereka dipercayai ada kaitan dengan serangan terbabit.

Mereka ditahan untuk siasatan lanjut kaitan dengan serangan itu.

“Adalah tidak logik untuk melaporkan kes cabul dua tahun lalu pada jam 2.30 pagi.”

“Ketika laporan sedang dibuat pula, tiba-tiba balai diserang.”



“Jadi kita akan siasat dengan rapi dua pelajar berkenaan,” katanya.

Berikut kronologi serangan:

  • 2.30 pagi: Dua pelajar IPT, lelaki dan perempuan hadir ke balai untuk membuat laporan polis mengenai kes cabul yang sudah berlaku dua tahun lalu.
  • 2.35 pagi: Ketika dua pelajar berkenaan sedang membuat laporan polis, suspek masuk ke kawasan balai dengan motosikal dan terus ke bahagian belakang balai.
  • Seorang anggota polis pergi ke bahagian belakang balai untuk memeriksa, tetapi diserang dan ditetak mati oleh suspek.
  • Suspek kemudian merampas senjata api anggota berkenaan.
  • Dua anggota polis dimaklumkan mengenai serangan itu bergerak ke belakang balai memeriksa dan berlaku tembak menembak dengan suspek.
  • 2.54 pagi: Seorang daripada anggota polis berkenaan maut terkena tembakan pada bahagian pipi yang tembus kepala.
  • Seorang lagi anggota berjaya menembak mati suspek.

Razaruddin juga tidak menolak kemungkinan suspek merupakan seorang anggota Jemaah Islamiyah (JI).



Pihak polis melakukan serbuan di rumah suspek di Ulu Tiram dan menahan lima ahli keluarga lelaki terbabit, berusia 19 hingga 62 tahun.

“Saya juga telah arahkan Bahagian Cawangan Khas untuk mengesan dan mengenal pasti ahli Jemaah Islamiyah yang berada di negeri ini.”

“Kesemuanya dianggarkan lebih 20 orang,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden berkenaan diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk menyalurkan maklumat.



 

Balai Polis Ulu Tiram Di Serang, 2 Anggota Terkorban

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button