Wanita dakwa ditipu doktor palsu lebih RM64,000

Oleh – Syeikh Baran


Wanita dakwa ditipu doktor palsu lebih RM64,000
SEORANG wanita mendakwa ditipu doktor palsu di Thailand. – Foto Channel 3

Seorang wanita Thailand menuduh seorang lelaki menipu wang miliknya  lebih 500,000 baht  (RM64,624) dengan menyamar sebagai doktor terlatih dari Amerika Syarikat( AS),  lapor portal berita Thaiger hari ini. 

Dia berkata,  lelaki tersebut mendakwa bahawa wang itu diperlukan untuk merawat ibunya yang menghidap kanser



Mangsa yang hanya dikenali sebagai Pei Pei,  memberitahu saluran televisyen Channel 3 bahawa bekas teman lelakinya bernama Golf.

Kata Pei Pei, Golf menipunya supaya dia menyerahkan wang lebih 500,000 baht. 

Golf dilaporkan mencipta profil palsu sebagai seorang doktor tentera terlatih lulusan dari AS.

Pei Pei mendedahkan bahawa dia muflis tiga bulan selepas berkenalan dengan Golf.



Bagaimanapun, dalam temu ramah dengan Channel 3, Golf menafikan menipu Pei Pei. Dia sebaliknya  mendakwa  terpaksa menjauhkan diri daripadanya kerana Pei Pei mempamerkan tingkah laku agresif dan ganas.

Dia juga mendakwa bahawa Pei Pei cuba membunuhnya.

Polis bagaimanapun masih belum campur tangan dalam kes mereka. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button