Jemaah Islamiah diklasifikasi sebagai Organisasi Pengganas Antarabangsa

Oleh – Syeikh Baran


Jemaah Islamiah diklasifikasi sebagai Organisasi Pengganas Antarabangsa
Abu Bakar Bashir

Jemaah Islamiah atau lebih dikenali sebagai JI merupakan sebuah kumpulan ekstremis.

Kumpulan ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf dan Al-Qaeda kerana terdapat asas kewujudan hubungan kewangan antara kumpulan tersebut.



Kumpulan JI ditubuhkan pada awal tahun 1990-an untuk membentuk ‘negara Islam’ meliputi selatan Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan selatan Filipina.

Pengasasnya adalah Abu Bakar Bashir dan Abdullah Sungkar yang berasal dari Indonesia dan diketuai oleh Riduan Isamuddin  atau Hambali.

Selain itu, JI turut diklasifikasikan sebagai sebuah Organisasi Pengganas Antarabangsa oleh negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sejak penubuhannya, kumpulan pengganas itu melakukan pelbagai jenayah berbahaya termasuk pengeboman, penculikan, pembunuhan dan pemerasan.



Difahamkan, anggota kumpulan JI dilatih di Afghanistan dan selatan Filipina.

Kewujudan rangkaian tersebut dikesan pada akhir tahun 2001 setelah pihak berkuasa Singapura menghalang sebuah sel yang merancang untuk menyerang sasaran berkaitan dengan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).

Mereka juga merupakan dalang utama insiden pengeboman kelab malam di Bali pada tahun 2002 sehingga mengorbankan sebanyak 202 nyawa.

JI kini memberi tumpuan bagi membina sokongan dan menyebarkan ideologi melalui penyusupan dalam sektor politik dan sosial di Indonesia.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button