Buruh meringkuk dalam jel, cabul, ugut anak tiri

Oleh – Syeikh Baran


Buruh meringkuk dalam jel, cabul, ugut anak tiri
Anggota polis mengiringi tertuduh (tengah) untuk didakwa atas pertuduhan mencabul dan mengugut anak tirinya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH/KOSMO!

Seorang buruh dipenjara lapan tahun dan dikenakan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mencabul dan mengugut anak tirinya dua minggu lalu.

Hakim Nik Habri Muhamad membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 44 tahun membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yag dihadapinya.



Lelaki itu didakwa mencabul mangsa yang berusia 16 tahun pada pukul 3 petang di sebuah sebuah rumah di daerah ini, 9 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh juga didakwa melakukan ugutan jenayah dengan cara menggunakan pisau untuk mencederakan mangsa pada tarikh, tempat dan masa sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.



Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 14 Mei lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh masuk ke dalam bilik mangsa pada hari kejadian sebelum mencabul remaja itu. Tertuduh kemudian keluar dari bilik dan masuk semula dengan membawa pisau lalu mengacukan kepada mangsa.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button