Polis siasat guru wanita mengaku Imam Mahadi

Oleh – Syeikh Baran


Polis siasat guru wanita mengaku Imam Mahadi
Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Zukri Muhammad.

Polis menyiasat mengenai dakwaan seorang guru yang mengaku sebagai Imam Mahadi menerusi hantaran di Facebook (FB) miliknya sebelum ia ditularkan.

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Zukri Muhammad berkata, berdasarkan siasatan awal didapati wanita berkenaan berusia 34 tahun dan pernah mendapat rawatan psikiatri di sebuah hospital di Kelantan.



“Kami sedang menjalankan siasatan lanjut, maklumat awal diperolehi bahawa ibu kepada tiga anak itu tinggal berjauhan dengan suaminya yang bertugas di Kuala Lumpur,” katanya.

Terdahulu, hantaran wanita itu dikatakan ditularkan menerusi akaun FB, Jerantut Viral sejak semalam.

Wanita itu dipercayai bertugas di sebuah sekolah rendah di daerah ini dalam hantarannya juga mengalu-alukan orang ramai membuat laporan kepada jabatan agama dan dia mendakwa akan membuktikan dakwaannya itu.

Sumber – HARIAN METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button