Sasaran sumpah laknat Najib turut mengenai Claire Brown

 

Oleh Adam Malik

Sasaran sumpah laknat Najib turut mengenai Claire Brown



Senarai yang terkena lafaz sumpah Datuk Seri Najib sudah boleh dikira lengkap sebaik sahaja Tun Mahathir dan Tun Daim diseret kemahkamah.

Tun Mahathir dengan kes RCI Batu Puteh dan juga kes pengistiyaran harta anaknya yang tidak mampu jawab dan Tun Mahathir pula yang menjawab seolah olah itu hartanya dan bukan harta anaknya.

Apapun “outcome” dari kes ini, satu perkara memalukan terhadap Tun Mahathir telah pun berlaku.

Dikatakan sehingga kini Tun Mahathir dan anak anak masih belum selesaikan hal istiyar harta dan masih mohon “extension” dari SPRM.



Bagi Tun Daim pula. Cukup aibnya apabila harta sendiri tidak di istiyarkan dengan jumlah berbilion lalu bangunan milik keluarga nya disita.

Difahami tidak declare harta bukan atas ia bukan harta milik keluarga nya tetapi atas sebab bermain tektikal kerana banyak implikasi jika sah milik keluarganya.

Antara nya isu cukai dan juga isu dari mana dan bagaimana ia diperolehi.

Cukup berkenaan dua individu ini, biar mereka selesaikan skandal mereka sendiri dan juga ini sebagai pengesahan kedua mereka sudah terkena sumpah laknat DSNR.



Selain Tun Mahathir dan Tun Daim turut tersenarai yang sudah terkena laknat adalah Muhyiddin Yassin, Syed Sadiq, Lim Guan Eng, Lattefa Koya , Zeti Aziz, Nazlan Ghazali dan beberapa individu lagi.

Beberapa hari lepas, salah seorang yang berperanan besar dalam membuat fitnah untuk menjatuhkan DSNR iaitu Claire Rewcastle Brown, terus dirundung malang.

CRB berperanan besar pada ” earlier stages” untuk melakar fitnah berkenaan 1mdb dan Najib Razak.

Dipercayai beliau mendapat upah dan arahan dari pihak sebelah sini dan juga disalurkan bahan untuk dispin dari pihak sebelah sini.



Kemudian setelah “mengoreng”, maklumat itu yang disiar dan disebarkan melalui Sarawak Report itu akan dipetik kembali oleh media tertentu disebelah sini konon nya berita dan laporan datang dari SR.

Apa pun semua sudah berlaku dan apa yang  penting   untuk disampaikan adalah CRB sah turut tekena sumpah laknat.

Selain takut keluar dari negara sendiri kerana khuathir dicekup pihak tertentu dan dibawa kePenjara di Malaysia atas hukuman dua tahun penjara atas sebab kesalahan di mahkamah Trengganu terkait tuduhn memfitnah Sultanah Trengganu.



Terkini. Mantan AG Tan Sri Appandi Ali telah memfail semula permohonan untuk menyeret CRB kemahkamah untuk kes fitnah.

Boleh lah dikira selepas satu , datang satu lagi malapetaka.

Jika tidak dipenjarakan kali ini, tetap wang ratusan ribu harus dikeluarkan bagi mempertahankan diri.



Dipercayai juga mereka yang dulu amat raoat dengan CRB diMalaysia kini cuba menjauhi diri dan mencuci tangan.

Jika dulu mereka bangga dengan laporan dan tulisan fitnah CRB berkaitan 1mdb, , hari ini kesemua mereka cuba berlagak tidak menggenali nya,

CRB pernah menipu ketika kes bersama Hj Hadi dengan menyatakan miliki bukti kuat setara “smoking gun” yakni bukti sekuat seperti muncung senapang masih berasap baru melepaskan peluru, namun bila ditanya sumber bukti dan maklumat hanya mampu sebut nama “Ambiga” sahaja sumbernya.

Langsung tidak dapat menyebut semudah apa nama bank yang ada RM90 juta itu.

Begitu lah antara kisah mereka mereka yang terkena sasaran sumoah laknat DSNR.

DSNR tidak menyebut nama ketika melafaz sumpah kerana menyerah kepada Allah menguruskan nya.

Dan apa yang dasyat dengan kuasa Allah adalah DSNR sekadar duduk dalam penjara tanpa kuasa membuat apa apa, tetapi Allah menguruskan nya diluar dan satu persatu yang terbabit telah menerima padah.

Hanya yang celik hati sahaja dapatt menilai kerja halus Al Latif.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button