ADUN Sungai Bakap masih di ICU

Oleh – Syeikh Baran


ADUN Sungai Bakap masih di ICU
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff (Pas) masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, Nor Zamri berada dalam keadaannya lebih baik daripada sebelum ini.



“Saya melawat banyak kali, sebelum saya ke Kelantan (Rabu lalu) saya ada melawat, Nor Zamri dalam proses rawatan dan doktor suruh berehat, dia perlukan rehat.

“Tentang dakwaan beliau kritikal, kita ada adab dengan keluarga sebab itu saya tidak mahu keluarkan kenyataan. Kita harap beliau sembuh, dapat datang bersama-sama dalam sidang DUN,” katanya di perkarangan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, hari ini.

Sebelum ini, Nor Zamri dilaporkan ditempatkan di ICU HSJ kerana komplikasi pada bahagian perut.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button