Video CCTV kejadian samun pemain Khuzaimi Piee pula tersebar

Oleh – Syeikh Baran


Video CCTV kejadian samun pemain Khuzaimi Piee pula tersebar
Kenderaan dipercayai digunakan suspek kes samun pemain Selangor FC, Khuzaimi Piee.

Berlegar di media sosial rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dipercayai pergerakan suspek kes samun kediaman pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee.

Menerusi perkongsian di media sosial itu, suspek dipercayai menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima keluar dari pengawal keselamatan kawasan rumah.



Turut kelihatan, sebuah motosikal jenama Y15ZR berwarna biru yang dipercayai milik Khuzaimi telah dilarikan oleh seorang lelaki keluar dari perkarangan rumahnya diekori rapat oleh kereta putih.

Kemudiannya, terdapat rakaman dari sudut dalam rumah memaparkan seorang individu yang tidak dikenali menyelinap masuk dari pintu rumah Khuzaimi Piee.

Untuk rekod, pertahanan berusia 30 tahun itu juga merupakan pemain bola sepak Selangor yang kedua diganggu oleh individu tidak dikenali.

Sebelum ini, media melaporkan rumah Ahmad Khuzaimi dipecah masuk dan kehilangan beberapa dokumen penting, empat beg pelbagai jenama, passport dan sebuah motosikal.



Rentetan itu, Ahmad Khuzaimi mengakui bimbang keselamatan keluarga kerana beberapa dokumen yang hilang menggunakan alamat rumah keluarganya di kampung.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button