Bas persiaran terbabas, rempuh lima kenderaan di parkir kondo

Oleh – Syeikh Baran


Bas persiaran terbabas, rempuh lima kenderaan di parkir kondo
Seramai 31 penumpang bas dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan susulan insiden itu. Foto ihsan JSPT KL

Sebuah bas persiaran yang membawa seramai 31 penumpang dilaporkan terbabas sebelum merempuh lima buah kenderaan di Jalan 3/144a berhampiran Maxim Residence, Alam Damai Cheras, di sini, malam kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Superintendan Suffian Abdullah berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika bas dalam perjalanan dari Pulau Pinang menghala lokasi penginapan di sebuah kondominium sekitar Cheras, di sini.



“Setibanya di lokasi kejadian, bas yang membawa 11 penumpang lelaki dan 20 penumpang wanita itu telah terbabas sendiri ketika menuruni susur.

“Bas terbabit telah melanggar sebuah Perodua Viva, dua buah Perodua Myvi, sebuah Toyota Vios dan sebuah Honda CR-V.

“Kesemua penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan. Kesemua yang terlibat termasuk pemilik lima kereta yang terlibat telah dinasihatkan untuk membuat laporan polis di balai,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Suffian, kemalangan tersebut telah mengakibatkan kabel elektrik terputus dan pihak Tenaga Nasional Berhad telah dimaklumkan untuk tindakan lanjut.



“Saringan ujian air kencing dan alkohol terhadap pemandu bas berusia 33 tahun adalah negatif. Kes diklasifikasikan di bawah Rule 10 LN166/59,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button