Chef Wan Disiasat Polis Kerana Komen Berbaur Rasis Terhadap Aiswarya Rai
Chef Wan Disiasat Polis Kerana Komen Berbaur Rasis Terhadap Aiswarya Rai
Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang hantaran komen yang dibuat oleh chef selebriti terkemuka, Chef Wan terhadap baju yang dipakai oleh bintang popular dunia, Aiswarya Rai. Lah apa pula yang jadi ni?
Menurut laporan Sinar Harian, pihak polis telah mengesahkan cef tersebut telah disiasat oleh Unit Siasatan Jenyah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
Ketua Polis Daerah Sentul berkata pihaknya menerima satu laporan berkaitan kenyataan yang dikeluarkan oleh cef itu.
Siasatan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
Difahamkan Chef Wan juga telah mengeluarkan kenyataan di akaun Instagramnya bahawa komen itu adalah gurauan semata-mata namun telah disalah anggap oleh segelintir pihak.
Dia juga telah tampil memohon maaf dan mengaku akan kesilapan yang dibuat.
Sebelum ini, dia di kecam kerana komen yang memberikan reaksi terhadap gaun dipakai oleh selebriti tekemuka dunia, Aiswarya Rai ketika di Festival Filem Cannes.
Dia membawa kavadi menuju ke upacara thaipusam Batu Caves.
Janganlah kita besarkan hal ni lagi sebab Chef Wan pun dah akui silap dan minta maaf. Semoga dia tabah hadapi ujian ini.
Kredit: Sinar Harian
Chef Wan Disiasat Polis Kerana Komen Berbaur Rasis Terhadap Aiswarya Rai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pegawai Penyiasat SPRM Setuju Jho Low Dalang Skandal 1MDB
- Adakah Wakil Sultan Pahang Akan Di Panggil Mahkamah Untuk Menyelesaikan Isu Titah Adendum?
- MB Pahang Wan Rosdy Fail Affidavit titah tambahan YDPA