Ubah status tanah rizab Melayu, pengarah urusan hartanah direman SPRM

Oleh – Syeikh Baran


Ubah status tanah rizab Melayu, pengarah urusan hartanah direman SPRM
Seorang Pengarah Urusan sebuah syarikat berkaitan hartanah direman selama empat hari kerana disyaki memberi rasuah bagi mengubah status tanah. FOTO-IHSAN SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan hartanah kerana disyaki memberi rasuah bagi mengubah status tanah rizab Melayu kepada bukan rizab Melayu.

Perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 31 Mei telah dikeluarkan oleh Majistret Noor Azreen Liana selepas SPRM membuat permohonan reman tersebut di Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi.



Sumber memberitahu, suspek lelaki berusia sekitar 40-an telah ditahan sekitar pukul 7 malam tadi ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Perak.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai telah membayar wang rasuah kepada seorang penjawat awam yang bekerja di pejabat tanah di sebuah negeri di utara tanah air.

“Wang tersebut bertujuan mengubah status tanah rizab Melayu kepada bukan rizab Melayu yang berkeluasan kira-kira 650 hektar menyebabkan tanah rizab Melayu tersebut dipecah sempadan dan dipindah milik kepada syarikat dan individu bukan Melayu,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi telah mengesahkan mengenai penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah akta 16 (b) (B) Akta SPRM 2009.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button