Dua beranak maut, motosikal rempuh lori tepi jalan

Oleh – Syeikh Baran


Dua beranak maut, motosikal rempuh lori tepi jalan
Keadaan motosikal terlibat dalam kemalangan merempuh lori yang mengorbankan Wan Nur Umira dan Nur Qaira Nadeera di KM 21, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Durian Guling, Marang hari ini.

Seorang ibu muda dan anak perempuannya yang berusia dua tahun maut apabila motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer 21, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Durian Guling di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 2.25 pagi, kedua-dua mangsa iaitu Wan Nur Umira Wan Yusof, 22, dan anaknya, Nur Qaira Nadeera Mohd. Afiq, 2, meninggal dunia akibat kecedera parah pada bahagian kepala dan beberapa bahagian badan.



Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Razman Setapa berkata, sewaktu kejadian, dua beranak itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Bukit Bading, Ajil, Hulu Terengganu dari Kampung Gondang di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang dinaiki dua mangsa tersebut dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas merempuh belakang sebuah lori membawa muatan kayu balak yang diletakkan di bahu jalan.

“Rempuhan itu menyebabkan mereka meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Razman berkata, mayat Wan Nur Umira dan Nur Qaira Nadeera telah dihantar ke Hospital Hulu Terengganu di sini untuk tindakan lanjut.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button