Mahathir bising lagi, , tapi orang sudah tidak ambil peduli .
Oleh Adam Malik
Mahathir bising lagi, , tapi orang sudah tidak ambil peduli.
Mahathir meroyan konon sudah tidak bebas bersuara lagi.
Mahathir boleh tipu satu orang setiap masa dan semua orang dalam satu masa.
Tapi Mahathir tidak boleh tipu semua orang setiap masa.
Pads Entri terbaru Mahathir dilaman FB nya bertajuk “Kebebasan tidak bersuara” bertarikh 28.5.2024 Mahathir telah menulis tentang kekecewaan nya yang konon negara sudah tidak ada kebebesan bersuara lagi.
Mungkin Mahathir lupa beberapa bulan lalu beliau telah membuat sidang media berkaitan kes anak nya disiasat oleh SPRM berkaitan harta tidak di istiyar.
Bukah kah itu petanda bebas bersuara?
Dalam PC itu Mahathir turut mengecam tindakan kerajaan dan juga mengkritik Perdana Menteri malah cadang bubar kerajaan dan adakan PRU semula.
Jelas tulisan Mahathir kali ini tidak lansung mengambar keadaan sebenar dan sekadar bina persepsi negatif terhadap kerajaan.
Mahathir turut menyatakan bahawa undang undang sudah dicabuli kerana tidak ada hak bersuara.
Apabila Mahathir cerita tentang undang undang, ia agak mengelikan hati.
Sejak bila Mahathir hormati undang undang?
Lihat sahaja perlantikan para hakim yang tidak ikut prosidur dan tidak rujuk JAC.
Lihat juga kepada isu melepaskan Pulau Batu Puteh yang lansung Mahathir tidak rujuk kepada Jemaah Menteri dan dilakukan cara sembunyi dan tergesa gesa.
Maka sangat jangkal untuk individu seperti Mahathir bicara berkenaan abuse of power.
Turut diungkit oleh Mahathir adalah berkaitan konon wujud perbicaraan yang tidak adil.
Apakah Mahathir tahu apa itu perbicaraan adil?
Lihat sahaja pada kes kes membabitkan Datuk Seri Najib.
Keadilan jenis apa yang Mahathir maksudkan?
Banyak sangat isu dan kes contoh yang boleh dihujah berkenaan kenyataan entri Mahathir kali ini.
Motif Mahathir sekadar persepsi sahaja.
Mahathir sangat desperado apabila budak suruhan nya yang bermain isu perkauman sudah terima arahan tutup mulut oleh Mahkamah.
Laluan semakin sempit dan semakin mendesak untuk Mahathir memandangkan kes berkaitan nya semakin hampir dan kedudukan Anwar masih tiada nampak keretakan lagi.
Maka sesuatu perlu dilakukan untuk discredit Anwar, mungkin ini salah satu caranya walaupun apa yang Mahathir kritik adalah perkara yang beliau sendiri pernah lakukan ketika berkuasa
Paling malang adalah tiada siapa pun mahu ambil peduli lagi dengan kenyataan beliau