17 termasuk pasangan kekasih diberkas curi kabel

Oleh – Syeikh Baran


17 termasuk pasangan kekasih diberkas curi kabel
SEBAHAGIAN kabel TM dan lori yang dirampas dalam serbuan di Alor Gajah, minggu lalu.

Seramai 17 individu termasuk pasangan kekasih diberkas selepas dipercayai terlibat dalam sindiket mencuri kabel di sekitar negeri ini, sejak tahun lalu.

Kesemua mereka yang berusia antara 18 sehingga 44 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Alor Gajah, pada 23 Mei lalu.



Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, dalam tangkapan itu polis merampas 204 unit kabel bertulis Telekom Malaysia (TM), sembilan unit pemotong kabel, sebuah lori dan pacuan empat roda bernilai keseluruhan RM400,000.

“Sindiket ini didalangi lima individu dikenali sebagai Rishi, 26, Apik, 34, Lee, 34, Kupit, 36 dan Loong, 28.

“Mereka ini akan menyamar sebagai pekerja kontrak TM dengan memakai ves pantul cahaya dan bergerak ke lokasi-lokasi sasaran untuk mencuri kabel. Kita syaki mereka telah melakukan kegiatan ini sejak setahun yang lalu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kesemua suspek 11 lelaki dan wanita itu saling mengenali antara satu sama lain dan terdiri daripada pasangan kekasih.



“Hasil saringan ujian air kencing mendapati 16 daripada mereka positif dadah dan lapan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Kesemua direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button