Yang Pasti UMNO Tidak Akan Terima Kembali Annuar Musa
Yang Pasti UMNO Tidak Akan Terima Kembali Annuar Musa
Bekas Setiausaha Agung UMNO yang dipecat, Annuar Musa, mendakwa setiap pemimpin yang meninggalkan UMNO tidak akan kembali menyertainya lagi.
“Itu hak individu, yang pasti ada banyak pilihan.”
“Tepuk dada tanya selera.”
“Pokok pangkalnya, kita perlu bertanya diri untuk apa kita mendukung atau menyokong sesuatu parti.”
“Apa lagi jika parti itu sudah jelas rosak angkara pemimpinnya, tidak relevan dan ditolak oleh rakyat secara nyata.”
“Jelas deria politik mereka telah dikembirikan perlahan-lahan.”
“Apabila Universiti Teknologi Mara (UiTM) digelar apartheid mereka diam.”
“Ratusan ribu ahli tidak segan memilih untuk tidak ikut menjilat malah sebaliknya tidak takut untuk memberi pelbagai isyarat, memilih haluan sendiri dan menukar kiblat.”
“Yang pasti, ramai yang pergi tidak akan kembali lagi,” dakwa Annuar Musa dalam akaun Facebook beliau.
Penulis tidak pasti sama ada kerana Annuar Musa sudah tidak lagi memegang sebarang jawatan sama ada dalam kerajaan atau parti, maka beliau sudah out of touch dari perkembangan politik semasa.
Atau mungkin Annuar Musa habis healing dan keluar dari gua.
Dalam isu UiTM dilabelkan sebagai institusi apatheid, polis sudah pun membuka kertas siasatan.
Dan kertas siasatan polis adalah berdasarkan oleh laporan yang dibuat oleh ratusan Pemuda UMNO di seluruh negara.
Yang menggerakkan Pemuda UMNO Bahagian dan Canwangan di seluruh negara adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh.
Jadi tidak tepatlah dakwaan Annuar Musa bahawa UMNO membisu ketika UiTM dilabelkan sebagai instusi apartheid.
Kalau hendak dilabelkan pengkhianat, Annuar Musa sememangnya layak untuk digelar sebagai bapa pengkhianat kepada UMNO dan bangsa Melayu.
Ramai masih lagi belum lupa, kenapa Muafakat Nasional gagal didaftarkan.
Muafakat nasional gagal didaftarkan kerana Annuar Musa terlebih dahulu mendaftarkan NGO Muafakat Nasional sebelum UMNO dan PAS mendaftarkan parti Muafakat Nasional.
Mengapa Annuar bertindak sedemikian?
Sehingga hari ini, Annuar Musa masih membisu mengenainya.
Yang pasti UMNO tidak akan menerima kembali manusia yang bernama Annuar Musa.
Yang Pasti UMNO Tidak Akan Terima Kembali Annuar Musa
Di Syorkan Untuk Anda:
- Ada Sesiapa Yang Berminat Dengan Budak Nie?
- UMNO Perlukan Pemimpin Dan Akar Umni Berkualiti Bukan Kuantiti
- Terdedah Ada Pihak Yang Sewakan Tanah Rizab DBKL Kepada Warga Asing