Enam motosikal ubah suai ekzos, ditunggang warga asing disita

Oleh – Syeikh Baran


Enam motosikal ubah suai ekzos, ditunggang warga asing disita
Antara motosikal disita di lorong motosikal lebuh raya Sungai Besi- Ulu Kelang (SUKE), Ampang Jaya, kelmarin.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ampang Jaya menyita enam motosikal dalam Op Motosikal di lorong motosikal Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, hasil operasi yang dijalankan, sebanyak 63 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.



Katanya, operasi dijalankan bermula pukul 7.30 hingga 9 pagi itu diadakan bagi mengesan pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas.

“Sebanyak 63 keping saman dikeluarkan selepas pemeriksaan dibuat terhadap 53 individu dan 53 buah kenderaan.

“Saman itu adalah abgi kesalahan tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, nombor plat tidak mengikut spesifikasi, cermin sisi dan mengubah suai ekzos,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas beliau, enam buah motosikal disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6(4) akta sama. Lima daripadanya ditunggang oleh warga asing.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button