Rangka manusia ditemui dalam belukar Kampung Wai

Oleh – Syeikh Baran


Rangka manusia ditemui dalam belukar Kampung Wai
Anggota polis memeriksa lokasi penemuan rangka manusia di kawasan belukar hutan bakau di Jalan Batu Buaya, Kampung Wai, Kuala Perlis petang tadi.

Satu rangka manusia tanpa identiti ditemui dalam belukar di kawasan hutan bakau Jalan Batu Buaya, Kampung Wai, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, Balai Polis Kuala Perlis menerima maklumat berhubung penemuan rangka manusia itu pada pukul 4.20 petang.



“Pemeriksaan menyeluruh di lokasi tidak menjumpai sebarang petunjuk mencurigakan. Rangka itu didapati dalam keadaan tidak cukup sifat dan ditemui di tiga tempat berasingan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pecahan kedudukan tulang dari rangka tersebut dipercayai dihanyutkan atau dipercayai dimakan oleh haiwan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button