TDM, USF laksana eksesais, penduduk diminta tidak panik
TDM, USF laksana eksesais, penduduk diminta tidak panik
Kuala Lumpur: Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat (USF) melaksanakan Eksesais Tiger Strike 2024 yang bermula 28 Mei lalu hingga 6 Jun ini di Setiu, Seberang Takir, Terengganu.
Dalam kenyataan hari ini, TDM memaklumkan eksesais itu membabitkan Pasukan 10 Briged Para dan 15th Marine Expeditionary Unit, United States Marine Corps (15 MEU USMC).
Katanya, ia juga membabitkan elemen sokongan daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy).
Menurutnya, latihan itu akan membabitkan banyak pergerakan kenderaan dan aset tentera, bunyi letupan serta penerbangan pesawat-pesawat tentera di sekitar kawasan terbabit.
“Demi keselamatan dan kelancaran pelaksanaan eksesais ini, penduduk tempatan dinasihatkan untuk mengambil maklum terhadap beberapa perkara.
TDM, USF laksana eksesais, penduduk diminta tidak panik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Yang Pasti UMNO Tidak Akan Terima Kembali Annuar Musa