Program GET terima lebih 40% langganan

Program GET terima lebih 40% langganan

Program GET terima lebih 40% langganan
Program GET terima lebih 40% langganan

PROGRAM Tarif Elektrik Hijau (GET) mendapat sokongan menggalakkan dengan menerima lebih 40 peratus langganan.

Kebanyakannya daripada sektor perindustrian dan komersial seperti pembuatan, penjagaan kesihatan, peruncitan dan perkhidmatan kewangan, serta institusi kerajaan sejak pembukaan langganan, pada 3 Mei lalu.

Pengarah Urusan TNBX, anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB), Mohd Razif Abd Halim berkata, GET adalah penyelesaian inovatif untuk perniagaan yang komited kepada kelestarian dan meningkatkan penarafan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) mereka.



“Sambutan yang menggalakkan ini mencerminkan peningkatan komitmen terhadap kelestarian merentasi pelbagai industri.”Dengan melanggan GET, syarikat boleh memastikan 100 peratus tenaga elektrik hijau digunakan untuk operasi mereka, yang diperakui Sijil Tenaga Baharu Malaysia (mREC),” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, syarikat yang mempunyai sistem solar fotovoltaik (PV) sedia ada turut memilih GET untuk memastikan operasi mereka 100 peratus hijau.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Perlukan Pemimpin Dan Akar Umni Berkualiti Bukan Kuantiti




Mohd Razif berkata, dengan melanggan GET, perniagaan dapat mengurangkan jejak karbon mereka secara signifikan dan meningkatkan penarafan ESG, menjadikan mereka lebih menarik kepada pelabur.

“Dengan sijil mREC dan pematuhan kepada Standard REC Antarabangsa (I-REC), GET menyediakan akses kepada elektrik hijau yang boleh dipercayai dan diiktiraf di peringkat global

“Mendukung aspirasi sifar bersih Malaysia, program GET adalah komponen penting dalam strategi peralihan tenaga Malaysia, menyumbang secara langsung kepada matlamat sifar bersih 2050 negara,” katanya.

Katanya, hasil dari program ini akan digunakan untuk membiayai inisiatif meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu, seperti Skim Insentif Solar untuk Rakyat (SolaRIS) yang diperkenalkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) pada 27 Mac lalu.



Untuk melanggan GET, pelanggan TNB boleh melayari www.mytnb.com.my.

Program GET terima lebih 40% langganan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Yang Pasti UMNO Tidak Akan Terima Kembali Annuar Musa



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button