Tawar kepelbagaian bergaya bawah RM40

Tawar kepelbagaian bergaya bawah RM40

Tawar kepelbagaian bergaya bawah RM40
Tawar kepelbagaian bergaya bawah RM40

SHOPEE bekerjasama dengan pelbagai peniaga kecil dan sederhana (SME) fesyen Muslimah untuk mencipta koleksi ‘almari kapsul’ yang diperibadikan menjelang bulan depan untuk menyokong penjual tempatan selain meningkatkan keyakinan wanita di seluruh negara.

Shopee dalam satu kenyataan kelmarin berkata, kempen 6.6 GayaLitLit #ShopeeHaul baharu menawarkan kepelbagaian bergaya di bawah RM40 buat golongan wanita daripada apa jua latar belakang.

“Menurut kajian yang dijalankan terhadap pembeli fesyen Muslimah berumur 35 hingga 44 tahun di platform Shopee, tujuh daripada 10 Muslimah yang tinggal di kawasan luar bandar mengutamakan keselesaan.



“Apabila ditanya bagaimana mereka memilih pakaian, separuh daripada mereka add to cart pakaian yang memberi keyakinan. Dua pertiga yang ditinjau pula mencari pakaian baharu yang bersesuaian dengan majlis atau untuk menggantikan pakaian sudah lusuh,” katanya.

Menurut Shopee, pihaknya memperkuatkan infrastruktur kualiti perkhidmatan platform sepanjang tahun lepas dan ini memenuhi kehendak penting pembeli fesyen Muslimah yang mahu membeli-belah tanpa rasa risau.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Perlukan Pemimpin Dan Akar Umni Berkualiti Bukan Kuantiti




Pelancaran program Jaminan Tepat Waktu Shopee menawarkan pilihan penghantaran fleksibel seperti penghantaran hari esok, penghantaran segara dan pengambilan sendiri di pusat pengambilan sendiri Shopee.

Shopee turut mengembangkan program pemulangan semula dengan pengenalan ’15 Hari Pemulangan Percuma – Tanpa Soal.’

Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data Shopee Malaysia, Tan Ming Kit berkata, Shopee menyaksikan evolusi dinamik trend fesyen Muslimah di Shopee Live berikutan penjual tempatan menyesuaikan penawaran mereka dengan komuniti tempatan secara hiperlokal.

“Melalui kerjasama dengan M2Dream, DEEM Store, ZUCCA, Panda Eyes, KM Fashion Center, Stynis Traveller Luggage & Bags Store, Zoe Arissa, Tudung Exclusive dan ZEKE Store, kami menyusun koleksi dan golongan wanita boleh mencipta pelbagai gaya dengan hanya beberapa helai pakaian.



“Pakaian sopan kami boleh dilapiskan dengan pakaian outerwear dan aksesori. Mereka boleh menzahirkan gaya individualiti mereka untuk gaya harian yang selesa dan bergaya,” katanya.

Koleksi #ShopeeHaul boleh didapati di Shopee, dengan harga daripada RM1 – RM40.

Koleksi #ShopeeHaul kali pertama dijalankan buat fesyen Muslimah di Malaysia, menunjukkan komitmen Shopee untuk memacu keterangkuman pasaran buat SME dan menambah baik pilihan produk buat pembeli.

Tawar kepelbagaian bergaya bawah RM40

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Yang Pasti UMNO Tidak Akan Terima Kembali Annuar Musa

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button