Apakah Mahkamah Akan Menolak Kesaksian Zeti?

Apakah Mahkamah Akan Menolak Kesaksian Zeti

Apakah Mahkamah Akan Menolak Kesaksian Zeti?

 

Pihak pendakwaraya sudah menutup kes 1MDB.

Kedua-dua pihak (pendakwaan dan pembelaan) sudah melakukan penyerahan kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah.



Selepas ini hakim akan membuat keputusan sama ada kes tersebut mempinyai prima facie atau pun tidak.

Sekiranya hakim berpendapat kes tersebut mempunyai prima facie, maka pihak DS Najib akan dipanggil untuk membuat pembelaan.

Tetapi sekiranya hakim berpendapat kes tersebut tidak mempunyai proma facie, maka DS Najib akan dibebaskan.

Sama ada dibebas dan dilepaskan (DAA) atau dibebas tanpa dilepaskan (DNAA), terpulang kepada kebijaksanaan hakim.



Tetapi apa yang menarik perhatian penulis adalah kredibiliti Zeti sebagai saksi pendakwaan dan juga integriti Zeti ketika menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Di hari terakhir perbicaraan, Zeti dengan bangga mengatakan ketika beliau menjadi gabenor BNM, pihak Ambank pernah dikenakan denda tertinggi atas salah laku bank tersebut.

Zeti mendakwa, ianya berkaitan Ambank tidak melaksanakan usaha wajar (due diligence) dalam beberapa transaksi berkaitan 1MDB.

Ia termasuk menyalah laporkan jumlah yang terlibat semasa memalsukan laporan transaksi dalam sistem pemantauan perbankan negara.



Semua Ada Bukti Duit 1MDB Dalam Akaun Suami Zeti Kecuali BNM

 

Timbul persoalan di sini, apa pula tindakan Zeti atas kesalahan suami dan anaknya yang menerima wang dari Jho Low sebanyak US$15.4 juta yang dikaitkan dengan 1MDB?

Wang tersebut telah masuk ke dalam akaun Cutting-Edge Industries Ltd milik bersama suaminya, Tawfiq Ayman dan Samuel Goh.

Ianya pernah dibangkitkan oleh Ketua Peguambela TS Shafee Abdullah dalam perbicaraan yang sama pada Ogos 2023.



Tetapi Zeti menafikannya, malah mencabar pihak peguambela mengemukakan bukti atas dakwaan tersebut.

Sebenarnya Zeti boleh mendapatkan bukti dari beberapa pihak.

PDRM pernah membuat siasatan ke atas Tawfiq dan sudah pasti siasatan yang dilakukan berdasarkan bukti.

Pihak SPRM yang menerima duit yang dipulangkan oleh Commercial Affairs Department (CAD) Singapura juga mempunyai bukti yang Zeti mahu.



Takkan CAD pulangkan duit tersebut dalam sampul surat sahaja, mesti dengan dokumen yang berkaitan.

Zeti juga mungkin boleh mendapatkan bukti dari Anwar Ibrahim yang sekarang ini menjadi perdana menteri.

Mustahil Anwar Ibrahim mahu isu ini dibahaskan di parlimen kalau beliau tidak mempunyai bukti yang kukuh.



Bukti sebenarnya ada, cuma ianya cuba dinafikan Zeti.

Jadi, bolehkah mahkamah menerima kesaksian Zeti yang dipersoalkan kredibilitinya sebagai saksi dan lebih teruk lagi, integriti beliau ketika menjadi gabenor BNM juga kini dipersoalkan.

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button