Lelaki dikhuatiri lemas terjun sungai dalam serbuan polis

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki dikhuatiri lemas terjun sungai dalam serbuan polis
SEORANG penduduk kampung menunjukkan lokasi mangsa dikatakan terjun ke dalam Sungai Pahang di Bera hari ini.

Seorang lelaki dikhuatiri selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Pahang ketika melarikan diri dalam satu serbuan polis dekat Kampung Serendang di Charuk Puting, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa Muhamad Amyrul Rosmadi, 25, dipercayai terjun bersama dua lagi rakannya susulan serbuan oleh Jabatan Narkotik Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bera di kawasan berdekatan.



Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, ayah mangsa membuat laporan polis satu jam selepas kejadian berikutan bimbang dengan keselamatan anaknya tidak pulang ke rumah sehingga kini.

“Usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan, namun sehingga pukul 12 tengah hari ini mangsa masih belum ditemui,”katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin dibantu anggota daripada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan

Katanya, pasukan bomba memulakan operasi pencarian di sekitar sungai dan komander operasi meminta bantuan unit PPDA ke lokasi untuk bantuan mencari mangsa.



“Setakat ini, mangsa masih belum ditemui dan usaha mencari masih diteruskan,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button