Sebuah lot kedai dalam One Utama terbakar

Oleh – Syeikh Baran


Sebuah lot kedai dalam One Utama terbakar
Lot kedai yang terbakar dalam kejadian di di tingkat LG, pusat beli belah One Utama Mall (New Wing), Petaling Jaya, awal pagi tadi.

Sebuah lot kedai yang sedang diubah suai hangus terbakar sepenuhnya dalam kejadian di tingkat LG, pusat beli belah One Utama Mall (New Wing), di sini, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Selangor memaklumkan, pihaknya menerima maklumat kejadian itu sekitar pukul 4.26 pagi.



Jelasnya, sebanyak enam jentera serta 25 anggota keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, BBP Petaling Jaya dan BBP Sungai Buloh digerakkan bagi operasi memadamkebakaran.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar terdapat kebakaran melibatkan lot kedai yang sedang diubah suai di tingkat LG.

“Anggaran peratusan terjejas kebakaran adalah sebanyak 95 peratus dan kebakaran ini tidak melibatkan kemalangan jiwa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, operasi memadamkan kebakaran tamat sekitar pukul 7 pagi.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button