‘Billboard’ di Lebuh Raya Persekutuan terbakar

Oleh – Syeikh Baran


‘Billboard’ di Lebuh Raya Persekutuan terbakar
Tangkap layar sebuah papan tanda iklan di tepi Lebuh Raya Persekutuan, selepas susur keluar Jalan Gasing, Petaling Jaya, dilaporkan terbakar kira-kira pukul 1.25 tengah hari tadi.

Sebuah papan tanda iklan (billboard) yang terletak di tepi Lebuh Raya Persekutuan, selepas susur keluar Jalan Gasing, di sini, dilaporkan terbakar kira-kira pukul 1.25 tengah hari tadi.

Kejadian tersebut dirakamkan oleh beberapa pengguna media sosial yang memaparkan papan elektronik itu sedang berasap.



Namun hanya sebahagian papan tanda tersebut dilihat terbakar manakala sebahagian lagi masih sempurna.

Sehingga kini masih tidak dapat dipastikan jika terdapat mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut atau tidak.

Kosmo! masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak bomba. Berita lanjut menyusul.

Sumber – KOSMO! ONLINE



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button