Liverpool terdesak sambar Trafford
Liverpool terdesak sambar Trafford
LONDON – Liverpool dan Newcastle United bersedia untuk bersaing mendapatkan khidmat James Trafford kerana merasakan penjaga gol Burnley itu sebagai pilihan kedua yang ideal buat kedua-dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.
Liverpool dan Newcastle melihat Trafford sebagai pilihan penjaga gol kedua yang terbaik sebagai alternatif kepada Alisson dan Nick Pope yang masing-masing mengawal posisi utama dengan hebat bersama kelab masing-masing.
Newcastle pula berminat untuk mendapatkan tandatangan Trafford dan telah memaklumkan kepada ejen pemain itu mengenai minat mereka sebagai pengganti kepada Martin Dubravka yang hanya mempunyai baki kontrak setahun lagi.
Penurunan Burnley ke kancah Liga Kejuaraan Inggeris musim depan dijangka menyukarkan mereka untuk mengekalkan penjaga gol terbaiknya itu apatah lagi selepas pengurus mereka, Vincent Kompany turut berhijrah menyertai gergasi Jerman, Bayern Munich.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Difahamkan, The Clarets menilai Trafford sebagai aset berharga dan meletakkan nilai sekitar £20 juta (RM 114 juta) bagi penjaga gol berusia 21 tahun itu yang turut tersenarai dalam skuad awal England ke Kejohanan Euro 2024 di Jerman bulan depan.
Sepanjang kempen EPL bersama Burnley musim ini, Trafford berjaya membuat 106 aksi penyelamatan daripada 166 keseluruhan percubaan yang dihadapi sekali gus membuktikan ketahanan dan kemampuannya dalam menghadapi tekanan di peringkat tertinggi.- AGENSI
Liverpool terdesak sambar Trafford
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Mahkamah Akan Menolak Kesaksian Zeti?
- Kenyataan dua saksi melemahkan kes dan tuduhan terhadap Najib dalam keraguan