Vans bagi Farhan ‘shopping’ sakan
Vans bagi Farhan ‘shopping’ sakan
KUALA LUMPUR- Pemain sepak takraw negara, Farhan Adam mengakui benar-benar teruja kerana diberi penghargaan oleh syarikat kasut terkenal, Vans untuk berbelanja sakan di sebuah pusat beli-belah, Pavilion di Kuala Lumpur pada Rabu lalu.
Apit kiri kebangsaan tersebut menegaskan dia tidak sangka video serta laporan Kosmo! berkenaan kasut Vans yang dipakainya pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 tular hingga menyebabkan Vans Malaysia serta legenda papan selaju negara, Pa’din Musa menghubunginya.
“Sememangnya saya tidak sangka akan diberi penghargaan seperti ini dan pada akhirnya Vans Malaysia dan Pa’din sendiri telah menghubungi saya untuk bertanyakan kepada saya kenapa saya memilih kasut tersebut digunakan di Piala Dunia Sepak Takraw.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Selepas melihat video, barulah Vans Malaysia faham dan terkejut kerana kasut Vans digunakan dalam dalam sukan sepak takraw selain terkenal dengan sukan lasak seperti ‘skateboard’.
“Selepas itu, mereka telah menghubungi saya untuk datang ke Pavilion untuk ambil apa sahaja barangan dalam butik tersebut dengan nilai keseluruhan mencecah ribuan ringgit
“Saya hanya memilih beberapa pasang kasut dan turut hadiahkan sepasang kasut buat kedua-dua anak saya dan juga isteri saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Dalam pada itu, Farhan juga mengakui sepanjang dalam kariernya, ini kali pertama dia menerima penghargaan seperti itu dan kini dia adalah sebahagian dalam ‘Vans Family’
“Mereka (Vans) memberi tahu saya bahawa saya adalah sebahagian dari Vans Family dan saya ingin mengucapkan terima kasih kerana penghargaan seperti ini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE
Vans bagi Farhan ‘shopping’ sakan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Mahkamah Akan Menolak Kesaksian Zeti?
- Kenyataan dua saksi melemahkan kes dan tuduhan terhadap Najib dalam keraguan