Keserasian Bella Dan Didi Astillah Terserlah Dalam Lagu Bermanja-Manja
Keserasian Bella Dan Didi Astillah Terserlah Dalam Lagu Bermanja-Manja
Bella Astillah dan Didi Astillah, dua beradik selebriti yang yang pernah mencuri perhatian ramai dengan gandingan mereka untuk lagu kanak-kanak yang dikenali sebagai Adik-Adik Mutiara kini tampil dengan lagu terbaharu, Bermanja-manja.
Kali Pertama Selepas 18 Tahun
Selepas 18 tahun bersama dalam industri nyanyian, ini merupakan kali pertama mereka digandingkan untuk lagu runut bunyi bagi drama eksklusif di Tonton, Leha Leya Lawa.
Lagu Bermanja-manja, yang berunsurkan Bubble Pop, hasil idea daripada Mas Dewangga dan Jova Devito sebagai komposer dan penulis lirik bersama dengan Alternate Records & Talents.
Genre yang dipilih ini bersesuaian dengan karakter Bella dan Didi Astillah yang ceria serta keunikan nada suara mereka yang sesuai menyampaikan genre muzik seperti ini.
Lagu ini menceritakan tentang seseorang yang ingin memiliki cinta sejati, tidak mahu ditukar ganti dan tidak inginkan halangan dalam percintaan.
Mengambil Masa Hanya 2 Jam
Menurut Bella dan Didi Astillah, mereka amat berbesar hati dan gembira kerana diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu Bermanja-manja yang menjadi lagu runut bunyi bagi drama Leha Leya Lawa di TV3.
Lagu ini merupakan lagu yang sangat ceria, lirik yang mudah difahami dan sangat santai membuatkan mereka berjaya merakamkan lagu ini hanya dalam masa 2 jam serta dengan keadaan tenang dan tidak tertekan.
Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu Bermanja-manja nyanyian Bella Astillah dan Didi Astillah yang telah mula bergema di platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify dan YouTube Music.
Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.
Keserasian Bella Dan Didi Astillah Terserlah Dalam Lagu Bermanja-Manja
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Mahkamah Akan Menolak Kesaksian Zeti?
- Kenyataan dua saksi melemahkan kes dan tuduhan terhadap Najib dalam keraguan