Lelaki maut dipukul rakan sekampung akibat perselisihan faham

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki maut dipukul rakan sekampung akibat perselisihan faham
Polis menahan seorang lelaki tempatan ekoran dipercayai memukul rakan sekampungnya sehingga mati akibat dalam pergaduhan di tepi jalan berhadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gaur Podos, Kota Belud semalam. -Foto PDRM

Seorang lelaki maut dipukul ekoran perselisihan faham bersama rakan sekampung dalam kejadian pergaduhan di tepi jalan berhadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gaur Podos semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, pergaduhan disedari oleh orang awam sebelum bertindak menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud pada pukul 2.13 pagi.



“Siasatan awal di lokasi kejadian, kita mendapati seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun terbaring di tepi di kampung terbabit dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Kita dapati ada kesan kecederaan pada bahagian kepala mangsa. Bagaimanapun, pegawai perubatan Hospital Kota Belud yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Shahrudin memaklumkan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Belud pada pukul 9.55 malam hari sama berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun.

“Siasatan mendapati suspek melarikan diri dan bersembunyi di kebun Kampung Gaur sejurus kejadian itu.



“Suspek akhirnya berjaya ditahan di rumah keluarganya ketika mendapatkan bekalan makanan,” katanya.

Shahrudin berkata, mangsa dan suspek tinggal sekampung dan motif pergaduhan dipercayai akibat perselisihan faham yang sudah lama.

Menurutnya, suspek dibawa ke IPD Kota Belud untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button