Aeril Zafrel anggap ibu bapa dikurniakan anak istimewa beruntung
Senang-senang dapat ‘ladang’ pahala
Aeril Zafrel anggap ibu bapa dikurniakan anak istimewa beruntung
SEDAR bukan mudah membesarkan anak istimewa seperti autisme, pelakon Aeril Zafrel meminta ibu bapa yang berdepan situasi itu agar segera merujuk pakar bagi mendapatkan rawatan.
Aeril atau Suhairil Sunari, 36, berkata, walaupun ada di antara mereka tidak dapat menerima hakikat atau berasa malu namun membiarkan anak istimewa tanpa rawatan tidak sepatutnya berlaku.
“Kita tidak berada ditempat mereka, jadi tak boleh sewenang-wenangnya kita cakap sabar.
“Ada ibu bapa yang tak boleh terima anak mereka autisme dan tidak membawa anak mendapatkan rawatan sewajarnya.
“Mungkin juga sebab mereka malu tapi bagi saya kalau sudah nampak sebarang simptom segeralah mendapatkan rawatan,” katanya kepada mStar.
Aeril berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran novel adaptasi filem Abnormal Buas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Sabtu.
Dalam pada itu, Aeril berkata, memiliki anak autisme seharusnya dilihat daripada sudut positif malah ibu bapa yang dikurniakan anak istimewa sangat beruntung kerana mereka adalah ladang pahala.
Walaupun tidak mempunyai anak istimewa namun sebagai bapa Aeril percaya kasih sayang sama rata dan tidak berbelah bahagi patut diberikan kepada anak-anak.
“Jika kita ditakdirkan dikurniakan anak autisme, anggaplah itu ladang pahala kita,” katanya.
Dalam perkembangan lain, filem terbaharu lakonan Aeril iaitu Abrnormal Buas bakal ditayangkan pada 20 Jun ini yang turut dibintangi Kodi Rasheed, Jalil Hamid dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
Filem terbitan Respected Netizen Sdn Bhd itu merupakan naskhah kedua selepas Sabda Kekasih.
Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.
Hasil perkahwinan selama 11 tahun, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 10, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Soffya, 4, dan Muhammad Fahri, 3 tahun.
Aeril Zafrel anggap ibu bapa dikurniakan anak istimewa beruntung
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Mahkamah Akan Menolak Kesaksian Zeti?
- Kenyataan dua saksi melemahkan kes dan tuduhan terhadap Najib dalam keraguan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :