Wanita menyesal masak ikan tuna campur susu cair

Oleh – Syeikh Baran


Wanita menyesal masak ikan tuna campur susu cair
TANGKAP layar ahli keluarga wanita berkenaan yang terbaring dalam keadaan lemah di sebuah hospital. – TIKTOK @kingmodonking

Perbuatan seorang wanita yang menyebabkan seluruh keluarganya mengalami keracunan makanan akibat resipi peliknya mengundang perhatian ramai, lapor saluran berita Okezone semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kingmodonking, anggota-anggota keluarganya dilihat terbaring dalam keadaan lemah di atas katil sebuah hospital. 



Ketiga-tiga ahli keluarganya mengalami keracunan makanan selepas memakan hidangan tuna yang dicampur susu cair. 

“Orang gila mana…saya yang gila buat satu keluarga masuk hospital akibat terkena keracunan makanan daripada masakan saya,” kata wanita itu. 

“Trauma masak ikan tuna campur susu cair,” tambahnya. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih sebanyak 6.2 juta tontonan. 



“Dari mana dapat idea ikan tuna campur susu cair,” kata seorang pengguna laman sosial. 

“Selepas ini langsung tak diizinkan masuk dan sentuh dapur,” kata netizen lain. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button