SPRM tahan bekas Datuk Bandar bantu siasatan kes rasuah lebih RM1 juta

SPRM tahan bekas Datuk Bandar bantu siasatan kes rasuah lebih RM1 juta

SPRM tahan bekas Datuk Bandar bantu siasatan kes rasuah lebih RM1 juta
Foto hiasan.

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang, menahan seorang bekas Datuk Bandar di Johor, hari ini kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.

Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berusia 63 tahun itu adalah bekas Datuk Bandar di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

“Suspek ditahan di pejabat SPRM di sini, kira-kira jam 4 petang tadi.



“Difahamkan, tangkapan dibuat berkaitan suspek semasa menjawat jawatan Datuk Bandar sekitar tahun 2020 hingga 2021.

“Beliau didakwa telah menerima wang rasuah lebih RM1 juta daripada kontraktor-kontraktor sebagai balasan kerana telah meluluskan projek,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Yang Pasti UMNO Tidak Akan Terima Kembali Annuar Musa




Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan berkata kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.

SPRM tahan bekas Datuk Bandar bantu siasatan kes rasuah lebih RM1 juta



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button