Polis buru lelaki sumbat kucing dalam guni, humban ke parit

Polis buru lelaki sumbat kucing dalam guni, humban ke parit

Polis buru lelaki sumbat kucing dalam guni, humban ke parit
Tangkap layar video tular memaparkan orang ramai cuba menyelamatkan kucing yang dibuang di dalam guni.

GEORGETOWN: Polis giat memburu lelaki dipercayai menyumbat seekor kucing dalam guni yang diikat sebelum dicampak ke dalam parit di Jalan Kota Giam, Jelutong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, berkata seorang wanita berusia 31 tahun yang bekerja sebagai penghantar makanan membuat laporan berhubung kes berkenaan kira-kira jam 11.58 pagi semalam.

“Pengadu mendakwa melihat seorang lelaki membuang satu guni ke dalam parit pada jam 8.30 pagi dan mendapati guni itu bergerak-gerak.



“Wanita itu segera memeriksa kandungan bungkusan guni itu dan menemukan seekor kucing dalam guni berkenaan.

“Pengadu cuba menyelamatkan kucing itu tetapi didapati sudah mati lalu menanam bangkai haiwan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Yang Pasti UMNO Tidak Akan Terima Kembali Annuar Musa




Razlam berkata, kes disifatkan sebagai penganiayaan haiwan itu disiasat di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek tampil membantu siasatan.

Berdasarkan rakaman video kejadian berdurasi satu minit tujuh saat, seorang individu dengan diperhatikan beberapa orang awam dilihat mengambil bungkusan guni berikat dari dalam parit.

Selepas ikatan dibuka, seekor kucing ditemui dalam keadaan basah kuyup dan dipercayai sudah tidak bernyawa.

Polis buru lelaki sumbat kucing dalam guni, humban ke parit

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button