Empat gajah ditemui mati disyaki diracun

Empat gajah ditemui mati disyaki diracun

Empat gajah ditemui mati disyaki diracun
Empat bangkai gajah dipercayai mati diracun, ditemui dalam kawasan kebun di Kampung Sri Timur, Kahang, hari ini akan dibedah siasat bagi menentukan punca kematian. NSTP/IHSAN ADUN & TULAR

KLUANG: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) akan melakukan bedah siasat terhadap bangkai empat gajah yang dipercayai mati diracun dalam kejadian di Kampung Sri Timor dekat Kahang, di sini.

Pengarah PERHILITAN Johor, Aminuddin Amin, berkata bedah siasat itu penting bagi menyiasat punca kematian empat gajah berkenaan.

Katanya, pihaknya juga sedang memantau di kawasan kebun di kampung itu bagi memastikan bangkai gajah itu tidak diganggu atau dialihkan.



“PERHILITAN Johor masih buat siasatan dan akan adakan bedah siasat terhadap empat bangkai gajah berkenaan hari ini.

“Keputusan bedah siasat termasuk ujian kimia dijangka mengambil masa dua hingga tiga minggu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Yang Pasti UMNO Tidak Akan Terima Kembali Annuar Musa




“Namun, setakat ini, kami tidak dapat mengesahkan empat gaji ini mati akibat diracun.

“PERHILITAN Johor ingin menasihatkan orang ramai jangan mengambil tindakan sendiri. Ini kerana gajah boleh mengamuk dan naik minyak jika termakan benda memudaratkan mereka dan ia sangat berbahaya kepada penduduk sekitar,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, video berdurasi 1 minit 33 saat yang memaparkan bangkai empat gajah berkenaan yang didakwa mati akibat diracun, tular di media sosial sehingga menyebabkan kemarahan ramai.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Lee Ting Han, turut meninjau lokasi penemuan empat bangkai gajah itu pagi tadi.



Ting Han yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor berkata, melahirkan kesedihannya berikutan empat gajah itu dipercayai mati diracun.

“Orang ramai diminta tidak ambil undang-undang di tangan sendiri.

“Lapor kepada PERHILITAN, PDRM atau ketua kampung sekiranya berhadapan masalah konflik dengan gajah bagi membolehkan pihak berkuasa ambil tindakan lanjut.

“Jabatan Veterinar juga sedang melakukan bedah siasat dan jika terbukti benar empat gajah itu mati diracun, PDRM sudah tentu akan mengambil tindakan susulan,” katanya.



Empat gajah ditemui mati disyaki diracun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembohongan Zeti Terbongkar Di Mahkamah

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button