Wanita maut, 7 termasuk bayi cedera kemalangan

Wanita maut, 7 termasuk bayi cedera kemalangan

Wanita maut, 7 termasuk bayi cedera kemalangan
Lokasi kemalangan babit tiga kenderaan di lan Tanah Merah-Pasir Mas dekat Kampung Belimbing. Foto ihsan pembaca

TANAH MERAH: Seorang wanita maut, manakala tujuh lagi termasuk seorang bayi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas dekat Kampung Belimbing, malam tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) A Kamalhakim Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima panggilan dari sistem MERS 999 berhubung insiden berkenaan pada jam 8.53 malam.

Katanya, sebaik menerima panggilan itu, lapan anggota termasuk lima pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah bergegas ke lokasi kejadian.



“Setibanya di lokasi didapati berlaku kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Honda HRV, Honda City dan Perodua Bezza.

“Bagaimanapun seorang mangsa wanita yang menaiki kereta Honda City disahkan meninggal dunia, manakala tiga mangsa yang menaiki Perodua Bezza termasuk seorang bayi mengalami kecederaan parah dan empat lagi mangsa yang menaiki kereta Honda HRV hanya cedera ringan,” katanya.

Katanya, mangsa yang cedera dihantar ke hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Wanita maut, 7 termasuk bayi cedera kemalangan




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembohongan Zeti Terbongkar Di Mahkamah


 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button