Enam lelaki ditahan tunggang motosikal secara berbahaya

Oleh – Syeikh Baran


Enam lelaki ditahan tunggang motosikal secara berbahaya
Ops Samseng Jalanan yang dijalankan pihak polis menahan enam lelaki yang dikesan menunggang motosikal secara berbahaya. FOTO IHSAN POLIS.

Seramai enam lelaki ditahan dalam ‘Op Samseng Jalanan’ kerana dikesan menunggang secara melulu dan berbahaya di sekitar Persiaran Senawang 1 dan Lebuh Raya Seremban Kajang (Lekas) di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, hasil pemerhatian mendapati terdapat kumpulan motosikal yang menunggang secara zig zag dan melakukan aksi berbahaya yang boleh mendatangkan bahaya kemalangan.



“Ops Samseng Jalanan dijalankan secara bersepadu oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dibantu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Balai Polis Senawang dan Balai Polis Paroi bermula pukul 1 hingga 5 pagi.

“Dalam operasi ini seramai enam lelaki berusia lingkungan 20 tahun ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan merbahaya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad Hatta berkata, selain itu sebanyak lima buah motosikal telah disita dan 53 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Sumber  – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button