Maut selepas enam jam bertarung nyawa
Oleh – Syeikh Baran
Selepas enam jam bertarung nyawa, seorang remaja lelaki yang sebelum ini diselamatkan daripada hampir lemas di Pusat Rekreasi TMEC, Ulu Kimanis pagi semalam disahkan meninggal dunia malam tadi
Mangsa Muhamad Haiqal Irwan, 18, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Papar, kira-kira pukul 7.30 malam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan berkata, mangsa yang diselamatkan oleh orang awam sebelum diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dan kemudiannya dihantar ke Hospital Papar.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7.30 malam tadi,” ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, mangsa dihanyut arus deras ketika mandi manda bersama keluarganya di Pusat Rekreasi TMEC, Ulu Kimanis, kira-kira pukul 11 pagi pada Ahad.
Mangsa berjaya diselamatkan, namun tidak sedarkan diri dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sumber – KOSMO! ONLINE