Nak pengsan tengok harga teh O ais RM11

Oleh – Syeikh Baran


Nak pengsan tengok harga teh O ais RM11
Gambar resit pembayaran yang dikongsikan Nur Elena di Facebook hari ini.

“Harga mi goreng jauh lebih murah dari teh O ais, mungkin peniaga kena perah daun teh sendiri”.

Demikian antara reaksi yang diberikan orang ramai selepas melihat resit pembayaran sebuah kedai makan terletak di bangunan yang popular sebagai lokasi acara terbesar termasuk antarabangsa di negara ini.



Gambar resit terbabit dikongsikan Nur Elena menerusi kumpulan Facebook Penduduk Sungai Petani (PSP) hari ini.

Semakan Kosmo! pada resit berkenaan, kelihatan pelanggan memesan tiga jenis menu iaitu lontong, mi goreng dan juga teh O ais.

Kesemua pesanan terbabit dikenakan bayaran sebanyak RM29.

Bagaimanapun, menjadi persoalan ramai apabila harga secawan teh O ais adalah RM11 yang dikatakan terlalu mahal dan tidak masuk akal.

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai yang ‘tag’ Kementerian Perdagangan Dalam Negara dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memeriksa premis terbabit.



“Harga lontong pun RM12, mi goreng baru RM6, tak akan teh O ais secawan sampai RM11. Mohon pihak berkuasa ambil perhatian dan buat tinjauan ke lokasi,” kata Hairul.

“Tu dia… boleh beli serbuk teh sebungkus,” seloroh Farah As Syifa.

“Silap harga ka macam mana itu? Mi goreng pula murah dari teh O kayangan,” kata Cik Puan FA.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button