Lelaki dipercayai lemas terjatuh di Sungai Benut

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki dipercayai lemas terjatuh di Sungai Benut
PASUKAN SAR melakukan selaman bagi mencari seorang lelaki yang dipercayai lemas akibat terjatuh di Sungai Benut, Pontian, Johor.

Seorang lelaki dipercayai lemas akibat terjatuh di Sungai Benut, dekat sini apabila dilaporkan tidak balik ke rumahnya sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, lelaki yang berusia 52 tahun telah keluar dari rumahnya di Taman Dato’ Hajjah Fatimah Salim pada petamg semalam.



Katanya, isteri mangsa telah membuat laporan polis pada pukul 9.04 pagi ini, mengsyakinya suaminya telah terjatuh ke sungai berdasarkan penemuan motosikal jenis Honda Wave dengan nombor pendaftaran JUY 4162 di tepi Sungai Benut.

Menurut beliau, lelaki yang terjatuh merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) berdasarkan laporan yang dibuat oleh isteri mangsa iaitu dibahagian kaki sebelah kanan (tempang).

“Ekoran itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah digerakkan hari ini pada pukul 11 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, pihaknya telah membuka Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTP) di Fire Post Benut Jabatan Bomba dan Penyelamat berhampiran dengan lokasi kejadian.



“SAR melibatkan 18 anggota dan 3 pegawai terdiri daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Polis Marin Wilayah Kukup,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button