Polis cekup lima remaja cuba curi motosikal

Oleh – Syeikh Baran


Polis cekup lima remaja cuba curi motosikal
Tangkap layar terhadap insiden curi motosikal berkenaan.

Polis menahan lima remaja lelaki warga tempatan yang dipercayai cuba mencuri sebuah motosikal di Jalan Sutera 1, Taman Mewah, Layang-Layang, Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kesemua remaja berusia dalam lingkungan 13 hingga 18 tahun berkenaan ditahan di Kampung Bukit Batu dan di Felda Bukit Batu, Kulai pada Rabu.



“Susulan video tular di media sosial berhubung kejadian cuba mencuri motosikal Isnin lalu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Kluang dan Balai Polis Air Bemban, Kulai telah membuat tangkapan terhadap lima lelaki warga tempatan.

“Kesemua remaja yang ditahan berusia 13 hingga 18 tahun itu ditahan pada Rabu sekitar jam 7 malam hingga 10 malam.

“Sisatan juga mendapati, kesemua remaja tersebut tidak mempunyai rekod jenayah dan saringan ujian air kencing mereka didapati negatif,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.



Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button