Polis siasat pemandu e-hailing hina agama, negara depan pelancong
Oleh – Syeikh Baran
Polis menyiasat tindakan seorang pemandu e-hailing yang mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam dan Malaysia kepada pelancong asing yang mana videonya diviralkan.
Katanya, lelaki itu mendakwa video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok ‘Samisma_News & AATV Rakyat News’ memaparkan seorang pemandu e-hailing didakwa menghina agama Islam serta memburukkan Malaysia kerana tidak berpuas hati kerana negara ini mengharamkan arak dan bermain judi.
“Hasil siasatan mendapati video terbabit dimuat naik kira-kira 7 malam semalam dengan mengeluarkan kenyataan sensitif.
“Semakan akan dibuat dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mendapatkan butiran pemilik akaun dan mengenalpasti pemandu e-hailing,” katanya ketika dihubungi.
Razarudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Semalam tular dilaman sosial sebuah video dipercayai dirakam pelancong warga asing yang memaparkan pemandu e-hailing berkenaan didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Islam ketika berbual dengan pelancong terbabit ketika menggunakan perkhidmatannya.
Sumber – BERITA HARIAN