Datuk mahukan keadilan kematian Zayn Rayyan
Oleh – Syeikh Baran
Datuk Zayn Rayyan Abdul Matiin memohon keadilan atas kematian cucunya yang dibunuh pada Disember tahun lalu.
Pada masa sama, Zahari Mohd. Reba juga mahukan keadilan terhadap ibu dan bapa kaank-kanak autistik itu yang disambung reman enam hari lagi bagi membantu siasatan kes tersebut.
“Pada masa kejadian (sepanjang siasatan kes itu), dia (bapa Zayn Rayyan) berada dengan saya. Saya mahukan keadilan,” katanya ketika ditemui selepas prosiding lanjutan reman di lobi Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini, hari ini.
Ditanya mengenai dakwaan ibu bapa Zayn Rayyan dianiaya, Zahari bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya menyerahkan perkara tersebut kepada peguam.
“Dari mula lagi saya percaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan dengan telus,” katanya.
Terdahulu, peguam bela pasangan itu, Fahmi Abd. Moin mengesahkan perintah lanjutan reman itu akan tamat pada Rabu minggu hadapan.
Perintah reman itu dibenarkan Majistret Ainaa Muhamad Kamal.
Sumber – KOSMO! ONLINE