Culik wanita Thailand sebab hutang RM2,000

Oleh – Syeikh Baran


Culik wanita Thailand sebab hutang RM2,000
Anggota polis mengawal kawasan luar sebuah rumah tumpangan di Jalan Jejawi, Arau yang menjadi lokasi kes penculikan wanita Thailand, semalam.

Polis berjaya menyelesaikan satu kes culik dan pengedaran dadah dalam tempoh kurang 24 jam selepas menahan lima suspek termasuk mangsa yang merupakan wanita Thailand, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7.45 malam itu, polis menerima maklumat seorang wanita Thailand yang diculik empat individu di Gunung Keriang, Kedah dan disembunyikan di sebuah rumah tumpangan di Jalan Jejawi, di sini.



Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, bertindak atas maklumat, satu serbuan Ops Scorpion dilancarkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Unit Rondaan Bermotosikal dan Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau dibantu Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di di lokasi tersebut.

“Semasa serbuan dilakukan, suspek pertama yang merupakan lelaki tempatan berusia 30 tahun dalam keadaan mencurigakan berada di bahagian luar hadapan rumah ditahan pasukan serbuan.

“Seterusnya pemeriksaan pada bahagian pintu hadapan didapati dalam keadaan berkunci dan pegawai serbuan bertindak memecahkan pintu hadapan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, pasukan serbuan naik ke tingkat tiga dan menuju ke sebuah bilik dan memanggil keluar individu berkaitan, namun tidak berbalas menyebabkan pintu dipecahkan.



“Pemeriksaan mendapati terdapat dua wanita termasuk mangsa warga Thailand berusia 36 tahun dan suspek kedua iaitu wanita berusia 38 tahun.

“Suspek wanita itu memaklumkan seorang lagi lelaki melarikan diri ke loteng rumah tumpangan sebelum pasukan serbuan menggeledah ruang itu dan memberkas suspek utama kira-kira pukul 11 malam,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button