Sesak 11km, pemandu lori maut bawa kontena tiub tembaga terbabas di Nilai

Oleh – Syeikh Baran


Sesak 11km, pemandu lori maut bawa kontena tiub tembaga terbabas di Nilai
KEADAAN kemalangan lori kontena yang terbabas di Kilometer 268.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada di antara Nilai ke Bandar Ainsdale, Seremban petang tadi. BOMBA

Seorang pemandu lori kontena yang membawa muatan tiub tembaga penyaman udara maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 268.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di antara Nilai ke Bandar Ainsdale di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Bakarya Mohd. Salleh berkata, pihaknya terus ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 5.39 petang.



Menurutnya, setiba dilokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori kontena terbabas dan melanggar pembahagi jalan dan melintangi jalan raya.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 32 tahun telah tersepit di bahagian pemandu dan dikeluarkan oleh pasukan keluaran operasi.

“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan dan diserahkan ke pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, kemalangan telah menyebabkan kesesakan trafik sehingga 11 kilometer apabila lorong kiri, tengah dan lorong kanan arah selatan ditutup.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button