Ini Saja Level Tun Faizal, Kesiannya

Ini Saja Level Tun Faizal, Kesiannya

Ini Saja Level Tun Faizal, Kesiannya

 

Nama Tun Faizal Ismail sebenarnya bukanlah satu nama yang asing kepada ahli politik dan juga penggiat media politik tanah air, terutamanya di kalangan ahli UMNO.

Sepanjang karier politik beliau, pelbagai jawatan penting telah beliau pegang.



Sama ada di peringkat kerajaan, mahu pun di peringkat parti.

Dalam kerajaan, jawatan terakhir Tun Faizal adalah sebagai setiausaha akhbar kepada Annuar Musa semasa beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Manakala jawatan terakhir beliau dalam politik adalah sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Sebelum keahlian beliau digantung selama 6 tahun kerana masalah disiplin.



Sepanjang tempoh digantung keahlian, Tun Faizal masih lagi melanggar disiplin parti.

Akhirnya UMNO mengambil keputusan untuk memecat keahlian beliau.

Selepas dipecat keahlian UMNO dan tidak mempunyai apa-apa jawatan sama ada di dalam kerajaan atau pun parti, Tun Faizal dilihat seperti anak ayam kehilangan ibu.

@acik.mantera



♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Ketika penulis mendapat video klip ceramah politik Tun Faizal, penulis merasa sangat terkejut.

Apakah kini Tun Faizal sudah out of touch dalam perkembangan semasa isu politik tanah air?

Jelas sekali, isu yang beliau bawakan dalam ceramah politik tersebut merupakan isu-isu lapuk yang sudah tidak relevan lagi dengan senario politik terkini.



Beliau masih lagi memainkan isu janji Anwar Ibrahim untuk menurunkan harga minyak.

Masih memainkan isu janji Maszlee Malik akan membayar balik bayaran tol.

Begitu juga dengan isu GST yang digantikan dengan SST dan yang paling melucukan, sebagai kesimpulan, beliau masih lagi kekal dengan ratib, semuanya salah UMNO.

Apakah kini Tun Faizal sudah tidak tahu mengenai perkembangan semasa politik yang sedang berlaku di dalam negara?



Menonton video klip ceramah Tun Faizal yang tidak sampai 5 minit sudah cukup membosankan penulis.

Bagaimana agaknya mereka yang berada di situ?

 

Ini Saja Level Tun Faizal, Kesiannya

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button