‘RM200 sebulan tidak mencukupi’

Oleh – Syeikh Baran


'RM200 sebulan tidak mencukupi'
Pemilik kenderaan diesel persendirian terpaksa menambah perbelanjaan antara RM300 hingga RM400 sebulan susulan kenaikan harga diesel. Gambar kecil dari kiri: Abdul Halim, Mohd Shahir

Pemilik kenderaan diesel persendirian mengakui terbeban dan terpaksa menambah perbelanjaan antara RM300 hingga RM400 sebulan susulan kenaikan harga diesel oleh kerajaan.

Penyelia, Mohd Shahir Jaafar, 39, berkata, walaupun pengguna kenderaan persendirian diberi bantuan Budi Madani RM200 sebulan, namun jumlah tersebut tidak mencukupi.



Menurutnya, sebagai pengguna dia terpaksa akur dengan pengumuman kerajaan dan terpaksa mencari alternatif lain.

“Meskipun ada bantuan daripada kerajaan sebanyak RM200 kepada pemilik kenderaan diesel, namun jumlah ini tidak cukup untuk mereka yang berulang-alik dengan jarak yang jauh antara rumah ke tempat kerja.

“Saya terpaksa menambah RM300 hingga RM400 sebab setiap hari saya memandu lebih 150 kilometer untuk urusan kerja.

“Jika dulu kita gunakan kenderaan diesel kerana lebih jimat tetapi selepas mendengar kenaikan harga diesel, saya mungkin kena cari alternatif lain,” katanya.



Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa.

 

Sementara itu, pemilik kenderaan diesel, Abdul Halim Abdul Shukor, 37, berkata, kenaikan harga diesel akan memberi kesan terhadap kenaikan harga barangan lain.

Tambahnya, keadaan itu menyebabkan kos sara hidup akan meningkat sekali gus membebankan pengguna.

“Kalau harga diesel naik sudah tentu harga barangan lain juga akan meningkat.



“Saya juga jangkakan jumlah perbelanjaan untuk tampung minyak diesel kenderaan sahaja akan naik 60 peratus,” katanya.

 
Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button