Penjawat awam direman terlibat rasuah projek balak

Oleh – Syeikh Baran


Penjawat awam direman terlibat rasuah projek balak
Dua suspek yang disyaki terlibat memperoleh suapan daripada sebuah syarikat pembalakan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menahan reman seorang individu termasuk seorang penjawat awam yang disyaki terlibat memperoleh suapan berjumlah kira-kira RM80,000 daripada sebuah syarikat pembalakan di negeri tersebut.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia sekitar 30 tahun hingga 40 tahun ditahan kira-kira pukul 8 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sarawak.



“Kedua-dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching pagi tadi dan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Sharifah Fatimah Azura Wan selama lima hari bermula hari ini.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki terlibat memperoleh suapan daripada sebuah syarikat pembalakan bagi mempercepatkan proses pengeluaran surat pembaharuan lesen pembalakan hutan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah SPRM Negeri Sarawak, Tuan Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan 28 (1) (c) Akta SPRM 2009.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button