Wanita Thailand diculik sebab hutang urus niaga dadah

Oleh – Syeikh Baran


Wanita Thailand diculik sebab hutang urus niaga dadah
Dadah jenis syabu dan heroin yang dirampas polis selepas menyerbu sebuah rumah tumpangan di Jejawi, Arau pada Sabtu lalu.

Wanita Thailand yang menjadi mangsa culik sebelum diselamatkan polis di sebuah rumah tumpangan di Jejawi, di sini Sabtu lalu dipercayai mempunyai hutang berkaitan urus niaga dadah.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, mangsa berusia 36 tahun itu juga dipercayai mengenali tiga suspek lain berusia lingkungan 30-an yang disyaki pernah terlibat dalam urusan jual beli dadah.



“Siasatan awal percaya mangsa yang tinggal di Alor Setar, Kedah dan teman lelakinya berusia 18 tahun dilarikan suspek disebabkan masalah hutang lebih RM2,000.

“Kita juga mengesyaki terdapat kaitan hutang urus niaga dadah antara mangsa dan suspek dengan kemungkinan mangsa pernah membeli atau berurusan membeli barang terlarang itu, namun tidak menjelaskan bayaran kepada suspek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyampaian Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Secara Tanpa Istiadat Kontinjen Polis Perlis Tahun 2024 di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia, Jalan Raja Muda, di sini hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button