Kalau Johor Yang Pertama Tandatangan Serah Negeri Kepada British, Siapa Pula PM Pertama Yang Serahkan Tanah Johor Kepada Singapura

Kalau Johor Yang Pertama Tandatangan Serah Negeri Kepada British, Siapa Pula PM Pertama Yang Serahkan Tanah Johor Kepada Singapura

Kalau Johor Yang Pertama Tandatangan Serah Negeri Kepada British, Siapa Pula PM Pertama Yang Serahkan Tanah Johor Kepada Singapura

 

Bukan lagi rahsia, hubungan Dr Mahathir dengan Istana Johor sentiasa bermasalah.

Sejak dari pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar hingga sekarang, Dr Mahathir sentiasa mencari peluang untuk menyerang Istana Johor.



Terkini, Dr Mahathir mendedahkan negeri Johor adalah yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British.

Penulis akui fakta sejarah Perjanjian Mac Michael yang berlaku dalam bulan Oktober 1945.

Negeri Johor adalah negeri pertama yang dilawati oleh Mac Michael selepas beliau mendarat di Singapura dari Palestin.

Tetapi kerana bantahan kuat dari Raja Raja Melayu yang membangkitkan semangat nasionalisma di kalangan rakyat, rancangan British menubuhkan Malayan Union gagal.



Dengan gagalnya Malayan Union, maka dengan sendirinya perjanjian yang ditandatangani oleh Sultan Johor ketika itu terbatal.

Dalam artikata lain, perjanjian itu tidak membawa sebarang impak ke atas kedaulatan negara, malah kini negara kita sudah merdeka sepenuhnya.

Jadi, penulis tidak nampak ada keperluan untuk dibangkitkan kembali isu Perjanjian Mac Michael.

Tidak salah sekiranya fakta sejarah dijadikan pengajaran sebagai pedoman untuk masa hadapan.



Tetapi janganlah dijadikan fakta sejarah sebagai alat untuk menghasut generasi selepas itu dengan memberikan bayangan kononnya kerabat Johor tidak ada jati diri.

Banyak lagi jasa kerabat Johor kepada rakyat Johor dan juga negara yang boleh kita sampaikan kepada generasi baru.

Dr Mahathir lupa, di sebalik fakta sejarah yang beliau manipulasi sebagai hasutan, ada kisah yang lebih sadis beliau lakukan terhadap kedaulatan negeri Johor.

Pulau Batu Puteh berada dalam kawasan jajahan dan kedaulatan negeri Johor.



Perdana Menteri manakah yang menyerahkannya kepada Singapura di saat kita mempunyai peluang keemasan untuk mempertahankannya?

Adakah Istana Johor dimaklumkan sebelum keputusan dibuat?

Kejadian ini jauh lebih sadis kerana kita kehilangan kedaulatan atas tanah yang menjadi milik kita.

Apakah Dr Mahathir lupa fakta tersebut?



 

Kalau Johor Yang Pertama Tandatangan Serah Negeri Kepada British, Siapa Pula PM Pertama Yang Serahkan Tanah Johor Kepada Singapura

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button