Mesir, Jordan, Palestin desak tekanan terhadap Israel hentikan operasi di Gaza

Mesir, Jordan, Palestin desak tekanan terhadap Israel hentikan operasi di Gaza

Mesir, Jordan, Palestin desak tekanan terhadap Israel hentikan operasi di Gaza
Gambar edaran yang dikeluarkan oleh Istana Diraja Jordan ini menunjukkan Raja Jordan Abdullah (tengah), Putera Mahkota Hussein (kedua kanan), dan Menteri Luar Ayman Safadi (kanan) bertemu dengan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi (ketiga kiri) Menteri Luar Sameh Shoukry (kiri) bersama presiden Palestin Mahmud Abbas (ketiga kanan) dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) Hussein al-Sheikh (dua kiri) di Sweimeh. FOTO AFP /JORDANIAN ROYAL HASHEMITE COURT (RHC)

Moscow: Presiden Mesir Abdel Fattah Sisi, Raja Jordan Abdullah II dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Selasa mendesak masyarakat antarabangsa untuk memberi tekanan maksimum ke atas Israel bagi menghentikan operasi ketenteraannya di Semenanjung Gaza.

Para pemimpin itu mengadakan sidang kemuncak tiga pihak (tripartite) di luar persidangan “Call for Action: Urgent Humanitarian Response for Gaza” yang diadakan di Jordan, lapor Sputnik memetik kenyataan pejabat Presiden Sisi.

Menteri Luar Jordan Ayman Safadi memberitahu sidang kemuncak itu bahawa Israel melakukan jenayah perang di Semenanjung Gaza yang belum pernah disaksikan sejak beberapa dekad.



Keganasan Israel terhadap Gaza mesti dihentikan serta-merta, kata Safadi.

Menurut pihak berkuasa tempatan, lebih 37,000 orang telah terbunuh akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza setakat ini.

Mesir, Jordan, Palestin desak tekanan terhadap Israel hentikan operasi di Gaza


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

RCI PBP- Mahathir berisiko digelar “pengkhianat”, dilucut “Tun” dan mungkin kena bayar berbilion ganti rugi.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button